FADE IN:
EXT. UNDER FLYING OVER – EVENING
AHSAN (31) sederhana tinggi, berambut kemas,
sedikit boroi, memakai baju hujan. Membetulkan topi keledar dan menyapu sisa
hujan pada cermin topinya.
Dia menolak motosikal Honda Wave membetulkan
kedudukan ke dalam untuk memberi laluan kepada motosikal yang lain.
Keadaan hujan masih lebat. Sesekali kilat
menyambar.
AHSAN
Aduhai, dah pukul 7.
Seorang penunggang lain merapati AHSAN
PENUNGGANG 1
Hujan lebat bang!
AHSAN
Itu la. Harap-harap
cepat la reda.
PENUNGGANG 1
Balik mana bang?
AHSAN
Klang.
PENUNGGANG 1
Owh yeke. Jauh lagi
tue. Saya balik Sungai Besi.
AHSAN
Biasa la bang. Dapat
rumah kat sana. Jauh tue terpaksa la bang, nak cari rezeki.
PENUNGGANG 1
Rumah area KL nie
kita tak mampu bang. Nak sewa pulak mahal.
AHSAN pandang ke atas. Jauh ke sebelah kanan
highway. Ada deretan bangunan tinggi yang hanya sedikit kelihatan kerana
lebatnya hujan. Kereta masih bersusun di kiri dan kanan highway.
AHSAN teringat pesan isterinya, MIRA untuk
membeli susu anaknya yang baru berusia setahun.
MIRA
Abang. Balik nanti
jangan lupa belikan susu. Ingat tau.
AHSAN
Ya ingat.
FADE IN:
INT. RUANG TAMU – NIGHT
Telefon bimbit MIRA berdering dengan lagu
“Hidup Dalam Mati”. Tertera nombor telefon yang tidak dikenali.
MIRA yang sedang duduk di dapur segera ke
ruang tamu mencapai telefon.
MIRA
Hello.
PEMANGGIL
Assalamualikum Puan.
Boleh saya bercakap dengan isteri Encik Ahsan Bin Aziz.
MIRA
Ya. Saya bercakap.
PEMANGGIL
Puan, saya Koperal
Muhammad. Buat panggilan dari Trafik Bukit Aman. Saya nak bagitau suami Puan
telah kemalangan. Puan boleh segera ke Hospital Kuala Lumpur.
Telefon bimbit terlepas dari tangan MIRA dan
terhempas ke lantai.
Wajah MIRA kebingungan. Air mata mula
mengalir ke pipi.
FADE OUT:
RIZUL RAHIM
Email: hellorizul@gmail.com
Copyright (c) 2019.
This script may not be used or reproduced without the express written
permission of the author.
No comments:
Post a Comment